Skip to main content

akaun

caution

Pastikan anda telah log masuk ke easpro untuk mengunakan pautan dalam tutorial

Akaun

Akaun adalah kumpulan rekod transaksi termasuk yang sudah dibayar atau belum dibayar. Sebagai pemilik perniagaan / akauntan / kerani, anda hanya perlu merekod transaksi mengikut jenis transaksi. Sebagai contoh:

  1. wang jualan yang diterima adalah direkodkan di bawah akaun jualan.
  2. wang yang digunakan untuk membeli barang yang berkaitan dengan penghasilan produk di bawah akaun pembelian.
  3. wang yang digunakan untuk membayar bil letrik, bil air, gaji pekerja dan lain-lain di bawah akaun perbelanjaan.
  4. wang membeli aset yang bertujuaan digunakan lebih dari setahun seperti kereta syarikat, komputer, mesin dan lain-lain di bawah akaun aset tetap.
  5. wang pulangan kepada pelanggan di bawah akaun pembayaran balik.
tip

Nama akaun tidak semestinya dinamakan mengikut jenis akaun seperti akaun perbelanjaan perbelanjaan. Anda dapat namakan mengikut jenis perbelanjaan seperti bil utiliti.

note

Untuk transaksi yang belum dibayar, sistem easpro akan automatik mengesan invois yang tiada rekod pembayaran sebagai transaksi belum dibayar.

Contoh aliran merekod transaksi.

Projek akaun (1 projek mempunyai banyak akaun) pembayaran (1 akaun mempunyai banyak rekod pembayaran)

Rujuk lebih lanjut di bahagian tutorial invois.

Cipta akaun

  1. klik pautan ini senarai projek.
  2. Pilih projek dan klik pautan Akaun disebelah kanan skrin.
  3. klik pautan Akaun baru di sebelah kanan atas skrin.
  4. Isi maklumat dan klik butang simpan.

Akaun dibahagikan mengikut jenis transaksi. Rujuk rajah dibawah:

Jenis akaunPenerangan
JualanTransaksi jenis jualan.
Pendapatan lainSeperti jualan aset, derma & lain
PembelianKos barang produk yang untuk dijual
PerbelanjaanKos sewa, minyak kereta, utiliti & lain
Pembayaran balikPembayaran balik kepada pelanggan (refund)
Pembayaran dividenBayaran dividen kepada owner atau pelabur
ModalModal pemilik
Pinjaman perniagaanPinjaman perniagaan
Aset tetapAset tetap yang dibeli secara tunai / sewa beli untuk kegunaan panjang (melebihi setahun)
Aset semasaAset atau barangan yang akan dicairkan dalam masa setahun
Perbelanjaan tidak boleh ditolakSeperti hadiah, entertainment dan lain

Edit akaun

  1. klik pautan ini senarai projek.
  2. Pilih projek dan klik pautan Akaun disebelah kanan skrin.
  3. Pilh akaun dan klik pautan Edit.
  4. Edit maklumat dan klik butan Simpan.

Kesimpulan

Tahniah, anda sudah berjaya manambah akaun baru. Anda boleh ke langkah seterusnya untuk menambah kumpulan pelanggan dan pembekal.